~bahagia dalam duka~


assalammualaikum dan selamat malam jumaat..
road to IHTIFAL alhamdulillah bole kata semua da 60% siap..
semoga dipermudahkan segala urusan kami utk lagi 40% tu..
bila IHTIFAL bermakna hujung tahun da dekat sgt..
tak lama da kids nak habis sekolah da.. ya Allah cepatnya la masa berlalu..
rasa macam baru semalam sambut mereka depan pintu dgn teriak bagai lagi..
harini pegi sekolah da tak pandang da mak pak depa depan pintu tu.. hahaha 

persiapan IHTIFAL kami buat dgn perasaan yg bercampur baur..
excited ada sedih pon ada..
yela bukan senang nak lepaskan mereka pergi..
dlm masa yg sama excited nak tengok mereka enjoy jugak nanti..

lately, "anak" kita tu pon cuba mengganggu emosi ni..
ada je bende yg dia buat hati kita meruntun pilu nya hai..
setiap kali dtg, masuk je peluk kita dulu.. yg dulu nak suruh salam pon bkn main payah lagi 
sekarang byk da cakap.. word makin jelas and da pandai borak *pandai jwb kalau kene soal*
yg membuat hati ni meruntun pilu tu bila pikir lepasni..
siapa nak peluk kita setiap hari and say "cicer"?
siapa nak mengadu kat kita bila kene sakat dgn Miss Y?
siapa nak rebut camera selfie dgn kita lagi?
siapa kita nak sakat lagi nanti?
Allah.. 
 
dia bukan anak kandung kita tp rasa syg tu kurnia yg tak ternilai rasanya..
namun hakikat sebenar tu sangat pahit nak terima..
tak selamanya dia akan ada dgn kita kan.. dia kene pergi lalui satu fasa yg lain..
besar dugaan kami nak didik anak syurga ni.. semoga dia dikurniakan kebijaksanaan seperti kids yg lain.. kejayaan dia kami akan sentiasa doakan.. semoga dipermudahkan segala urusan dia.. erm macam mana nak bg dia tak lupa kita eh??
hahaha takla mana tau oneday kita rindu dia nanti bole pegi jumpa.. lepas rindu nanti takdela mcm kita syok sendiri je kan.. hehehe

alamak.. asyik cerita duka je.. mana bahagia nya kan??
maaf lupa pulak..
ohh yee harini dpt setelkan byk lagi benda utk IHTIFAL..
alhamdulillah dipermudahkan (bahagia)
singgah gerai roti tepi jalan, akak tu doakan kita berjaya bukak pusat asuhan kita sendiri.. aamiin (bahagia)
mama si "anak" say tq bahagia kan anak dia and doakan kita dimurahkan rezeki.. aamiin (bahagia)

siapa tak bahagia bila tau ada orang yg mendoakan kita tanpa minta sebarang balasan?? Allah.. semua kuasaNya..
sungguhla kita tengah lalui minggu yg byk kerja dan penat fizikal dan emosi..
tapi Dia kurniakan kita bahagia yg tak terpikir pon dek akal ni..

takpala kita tak byk duit.. kita tak hidup mewah..
asalkan kita kaya kasih syg.. kita kaya doa..
ATHIRAH selalu minta dan harini nak minta lagi..
doakan ATHIRAH diberikan kesihatan yg baik, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat..
semoga anda yg mendoakan ATHIRAH tu jugak dikurniakan perkara yg sama yg anda doakan.. terima kasih sudi doakan kita..

ok last sebelum kita tidoq.. *esok ada full rehearsal oii*

lihat sekeliling buat ATHIRAH belajar utk terus bersyukur.. dalam stress, penat dan sedih tu Allah tetap kurniakan rasa bahagia walau sedikit.. syukur masih ada syg Allah pd kita..

kerana itu SENYUMLAH WALAU SESULIT MANAPUN HARIMU 
sincerely,
ATHIRAH

~ceritera seantara~

assalammualaikum..
adakah ATHIRAH ditakdirkan untuk berblog setahun sekali je..??
hahahah maafla urusan dunia terlalu banyak..
tak dikurniakan banyak kesempatan untuk menaip meluah rasa..
hehehe

In Shaa Allah jika ATHIRAH akan cuba meluangkan lebih banyak masa membebel kat sini lepas ni okehh
ok, apa cer??
since my last post on 2016, so perkembangan terbaru 2017 la kann..
alhamdulillah banyak perkembangan dan ATHIRAH pon semakin mengembang.. hahaha
sedang cuba untuk kurus okehh!!

nothing special.. kenal orang baru, bercinta and takde jodoh..
biasalah people always come and go..
ermm ATHIRAH redha..
ohh yee..
on May 2017, my one and only lil brother da pulang ke rahmatullah..
akhirnya berakhir segala keperitan yang dia tanggung selama hampir 20 tahun..
ada jangkitan kuman pd paru-paru adik.. 😢
kami sekeluarga redha dengan pemergian adik..
adik anak syurga nantikan kami disana..

lepas pemergian adik, tinggal la aku yang paling ADIK sekali dalam keluarga..
tapi semuanya tetap tak sama macam adik ada..
sunyi tu tetap ada walaupon adik bukanla orang yang paling bising dalam rumah ni..
tapi kehilangan dirinya membuatkan kekosongan dalam ruang itu tetap ada..
semoga roh adik tenang disana.. adik sedang bermain dengan wildan syurga yang lain.. :)

sungguh adik tiada pengganti..
tapi ATHIRAH masih ada ramai insan istimewa yang menanti..

i'm a teacher..
meskipun bukan anak kami..
kami didik seperti anak kami sendiri..
tapi biasala da hujung hujung tahun ni..
semua teachers akan rasa kehilangan tu..
bila anak anak da besar nak masuk ke darjah 1..😢
this is my "anak.. 👶
seorang lagi insan istimewa.. alhamdulillah Allah kurniakan aku kesempatan untuk berbakti pada insan istimewa..
sungguhpun dia istimewa dia juga akan melangkah ke alam persekolahan seterusnya..
2 tahun dikurniakan kesempatan untuk jaga dia..
akhirnya satu lagi rasa kehilangan yang aku kene hadapi..
lepas pemergian adik, aku banyak mengubat rasa rindu dengan dia..
lepas ni dia pulak nak tinggalkan "mak" nye ni..
sedihnya hanya Allah saja yang tahu..
semoga aku redha juga untuk sebuah lagi kehilangan 😢

as a teacher, aku tetap akan doakan yang terbaik untuk semua anak anak..
ramai yang akan melangkah ke darjah 1 tahun depan.. sedih juga atas pemergian yang lain..
tapi kata orang "anak kesayangan" rasanya lain kan..
bukan pilih kasih or whatever la..
tak penah pon pilih kasih.. layanan semua tetap sama..
tapi mendidik dia bukanla satu kerja yang mudah..
bonding dengan dia juga perlu beza dengan yang lain..
Allah.. beratnya rasa nak melepaskan tu tak terkata laa..

"mengapa ini semua harus berlaku?
adakah ini semua kerna diriku?
sedang aku cuma watak dalam percintaan
tak sanggup aku melepaskanmu"
*sila baca sambil nyanyi ok*

sesungguhnya tahun 2017 sangat mencabar dan memberi banyak pengajaran..
ada lagi 2 bulan setengah lagi..
apa pun boleh jadikan..??
apa pun jadi, semoga ATHIRAH dikurniakan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala dugaan..

sungguhpun aku merasai kehilangan
aku tetap bersyukur dikurnia kesempatan..

peluang yang tidak datang pada semua insan
tapi diberikan seiring dengan kekuatan..

dugaan ujian tanda kasihnya Tuhan
moga aku tetap terus bertahan..

dear people,
aku tidak kata aku baik
malah aku sedar
diri aku penuh dengan dosa
setiap dugaan Allah berikan
buat aku sedar aku masih disayang Tuhan..

semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita.. aamiin..
selamat malam, assalammualaikum :)

Pemilik Hati

assalammualaikum.. hye everyone :D
senyum sikit sebab tu je yg mampu disedekahkan..
:D :D

dear people,,
siapa pemilik hati??
DIA...
yang Maha membolak balik kan hati manusia..

dear people,,
dulu aku pernah sayang dia..
apa saja aku korban kan untuk dia..
walaupun sakit hati,,
tetap ku gagahkan diri..

dear people,,
one day aku sedar..
dia cuma perlukan aku bila bosan..
sikitpun aku takde makna bagi dia..
aku cuma bermain dengan perasaan sendiri..

dear people,,
jika benar menyayangi biarlah berpada..
jangan kau menyayangi manusia dan dunia lebih dari Tuhan mu..
aku salah langkah dalam menilai..
bodohnya aku mengejar cinta manusia..
butanya aku tak nampak cintanya Allah padaku..

dear people,,
aku jatuh terduduk..
lemah hilang semua semangat..
dalam doa aku mohon petunjuk..

dear people,,
hari esok aku bangkit dari tidur..
dengan satu jiwa yang baru..
Dia hilangkan rasa cinta sekelip mata..
Dia gantikan dengan sayang dan bukan benci..

dear people,,
aku mula sedar akan takdir..
"we're not meant to be together"
dan aku bersedia mengorak langkah meneruskan kehidupan..

dear people,,
Allah pemilik hati yang hakiki..
semalam aku cinta dia sepenuh hati..
kemudian aku benci kerana dia menyakiti hati..
harini aku sayang dia kerana dia teman yg memahami..

dear people,,
aturan Allah terlalu indah..
semoga kami tidak menyakiti hati sesama sendiri..
semoga dia bahagia bersama yang disayangi..
dannnn
semoga aku bahagia menanti yang pasti :)

selamat petang readers,,
assalammualaikum :)

Tabah, Kuat atau Tiada Perasaan??

assalammualaikum readers..
alhamdulillah diberi kesempatan utk membebel lagi.. yeay harini dpt menaip dgn keyboard yang besar..
da lame tak menaip pakai keyboard PC ni.. hahaha
sadis sadis 

bismillahirrahmanirrahim..
nak start topic ni... hahah macam nak study pulak.. cehhh!!

dear people,,
orang kata dugaan itu anugerah dr Yang Maha Esa buat hambanya yg disayangi..
seperti manusia biasa aku juga diuji
alhamdulillah syukur aku masih disayangi..
tetapi sesungguhnya dugaan itu suatu keperitan..

dear people,,
bagi mereka yg mengenali seorang Athirah, yg tahu kisah hidup Athirah,
mereka kata "kau sangat Tabah"
layakkah aku digelar tabah?? 
apa itu tabah??
aku sendiri tak faham istilah tabah yg sebenar..

dear people,,
orang kata, orang yg kuat tu orang yg mampu menahan amarahnya..
panas baran aku, kuat marah aku, bebelan aku, jeritan aku..
kuat ke aku??
benar ke kuatnya aku??


dear people,,
marah, sakit hati, cemburu, sedih, gembira
bukankah itu adalah perasaan??
aku juga marah, aku juga sakit hati, aku juga pernah cemburu, aku juga sedih, aku juga gembira..
betul ke aku tiada perasaan??

dear people,,
aku juga manusia.. yg penuh dgn kekhilafan..
aku dicipta punya hati dan perasaan..
aku juga di uji seperti manusia yg lain..

dear people,,
kau lihat aku hadapi hari-hari kehidupan dengan gelak ketawa..
kau lihat aku tidak menitiskan airmata..
kau lihat aku seperti tidak punya keraguan..
kau lihat aku bahagia..

dear people,,
perlukah aku bermuram dengan kesedihan??
perlukah aku menangis dan meratap dgn kesedihan??
perlukah aku termenung memikirkan kesudahan??
perlukah aku tunjukkan keperitan yg aku rasakan??

dear people,,
aku bukan tabah..
aku juga tak kuat..
dan aku bukan tiada perasaan..
tapi,,
Allah kurniakan aku satu anugerah yang tak ternilai..
apa??
SENYUMAN :)

dear people,,
apa saja dugaan yg datang, aku juga rasa sakit, kecewa, sedih, patah hati..
sama seperti manusia lain..
tapi aku didik diri dan hati untuk REDHA..
yakin dengan aturan Allah..
sungguh aku tak tipu.. beratnya dugaan, Subhanallah..
hanya Allah saja yg tahu..
tapi aku tanamkan dalam hati..
selagi aku hidup, aku usaha membahagiakan orang-orang yg aku sayangi..
sesungguhnya kebahagiaan mereka adalah bahagianya diri aku..
senyuman mereka adalah kebahagiaan aku..

dear people,,
aku tak sempurna dan takkan pernah sempurna..
kerana aku MANUSIA..
disebalik senyuman aku selindungkan 1001 perasaan..
tapi jujur aku juga ingin kebahagiaan..
aku juga ingin dihargai..
tetapi EGO aku juga tinggi..
hahaha aku kan manusia :p

dear people,,
adakala aku pilih untuk melangkah pergi..
bukan lari dari masalah atau realiti..
tetapi aku penat dan mengalah..
mempertahankan sebuah benda yg tak pasti..
mungkin takdir Allah mahu mendidik aku rasa kehilangan..
barulah aku mengerti maksud "dalam hidup tiada yang kekal abadi selain Dia"

dear people,,
realiti kehidupan itu pelbagai rasanya..
melalui setiap detik itu satu pengajaran..
aku bukan karyawan atau ilmuwan yg tinggi tahap kebijaksanaan..
tapi percayalah..
setiap detik kehidupan yg dilalui,,
bahagia, derita, sakit, kecewa, merana..
apa pun situasi..
hidup akan jadi indah jika kita menganggap semua itu
adalah nikmat yg Allah beri..

dear people,,
aku menaip bkn kerana aku bagus..
aku hanya meluah rasa dalam mencari semangat buat diri..
sungguh saat aku menaipkan setiap butir bicara ini,
aku sedang bersedih hati..
tapi setiap patah perkataan yg tertulis di sini
ikhlas lahir dari hati
yang mencari semangat untuk terus berdiri
mengorak langkah meneruskan kehidupan ini..

dear people,,
maaf kerana aku tidak sempurna..
assalammualaikum :)

Athirah is back

assalammualaikum world.. 😉
laaaaaaama nya la tak membebel di alam maya..
inilah dunia Athirah yang tak sempurna.. banyak benda yang perlu dilakukan bagi meneruskan kehidupan..
alhamdulillah Athirah telah berjaya menamatkan zaman student Diploma 💪yeay!!!
but inilah permulaan sebuah era baru dalam hidup si Athirah..
hidup berkerjaya.. cehhh kerjaya sanggggatt kannn.. hahaha 😝
learn learn and learn..
banyak bende kene belajar lagi walaupon da kerja..
eh belajar la.. belajar meneruskan hidup dengan ujian yang lebih besar.. it's life!!
selagi bernyawa kite belajar laa..
eh terbebel panjang pulak..
okey back to niat sebenar tulis entry ni, Athirah akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke?? pada next week..
okey Athirah da besar taknak minta hadiah da..
nak minta doa kalian supaya Athirah dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, dikurniakan kejayaan dunia akhirat dan bahagia selalu..
thanks everyone 😘
ok Athirah nak sambung work..
alamak maafla curi tulang kejap.. haahaaha 😝😝
jangan contohi perangai Athirah ni okeyy..
selamat bekerja semua 😊
okbai assalammualaikum 😉

~sejarah mungkin berulang~

assalammualaikum..
i'm back!! ape kabar semue?? sihat?? smoge smue dlm keadaan sihat sntise dn dirahmati olehNya.. aamiin..

erm kate orang sejarah mungkin berulang..
tp persoalan dlm kpale otak sye skang ni,, bile???
ok sebelum semue trtanye ape sejarah ni kan..
ok sye bgtau ni..

sebenarnye due tige empat lima hari ni terlalu byk kenangan yg kembali bermain di ingatan..
seriusly,, memang sedih bile mengenangkan..
walaupon tak sampai stahun lagi study kat situ da byk sgt kenangan trcipta..
lepas satu, satu dugaan yg menimpa..
alhamdulillah semuanya selesai dgn care baik..
but this is life..
people come and go.. right??

siapa sangke org yg kite syg dn pecaye tula yg mgkhianati kite..
yg membuatkan sye trkilan sbb mereka adalah insan insan yg berada di tangge teratas carta sahabat dihati kite..
orang yg sye tetap syg dn pecaye saat org laen menyisihkan mereka..
akhirnye mereka pergi tinggalkan sye dgn kenangan je..
sedih sangat bile mengenangkan saat saat bahagia brsama mereka..
tp apakan daya jodoh tiada..
cume menanti bile sejarah itu akan berulang dn mungkinkah akan berulang??
ermm tiada jwpn yg pasti..

ape yg pasti,,
setiap hari hari yg dtg akan menciptakan sejarah sejarah yg baru..
semoga kita semua terus tabah menjalani setiap hari kehidupan ini..

ehem2.. ok da tak mau sesedih..
ni nak bgtau ni.. heheh 
ulangtahun kelahiran beta sudah hampir tiba.. hahaha
(maafla tetibe tak malu pulak)
hehehehehehehehehe
ehem ehem
ok sesiape yg baek hati ingin menyumbangkan bakti,,
minta sikit je ni.. bole la bole la.. heheh :p
nak kek mcm ni..
 
or any oreo cake.. heheh
tp kalau ade yg baek hati la nak derma kek ni kat sye kan..
kalau taknak takpe tak pakse..
cukupla doakan sye dmurahkan rzeki dpanjangkan usia dn sntiasa berada dibawah rahmatNya da ckup da..
tu pon amat sye hargai..
act,, ingatkan tahun ni sambut befday dgn si dia.. tp hajat tak kesampaian..
kesian cheq kan.. hahah
tp harap dye tak lupe la.. walaupun skadar wish dn doakan sye da ckup buat sye happy spnjg hari..
heheh ok ok last ni..
sesiape yg baek hati nak derma kek tu kalau bole,, kalau bole taw!!
hantarla kek dgn hazama skali.. tringin nak jmpe dye.. hahaha
kalau dye busy,, suh dye buat video nyanyi happy befday utk sye pon da ok da tu..
hahaha maafla byk sgt permintaan..
ala sje je minta..
tau da takde org nak layan pon sbenarnye..
tp nak minta gak bg memuaskan hati sendiri.. huhu
ape ape pon semua,,
doakan sye ye.. heheh
ok kite jmpe entry yg akan dtg plak ye..
da da~ ~
slamat malam..
assalammualaikum :)