Pemilik Hati

assalammualaikum.. hye everyone :D
senyum sikit sebab tu je yg mampu disedekahkan..
:D :D

dear people,,
siapa pemilik hati??
DIA...
yang Maha membolak balik kan hati manusia..

dear people,,
dulu aku pernah sayang dia..
apa saja aku korban kan untuk dia..
walaupun sakit hati,,
tetap ku gagahkan diri..

dear people,,
one day aku sedar..
dia cuma perlukan aku bila bosan..
sikitpun aku takde makna bagi dia..
aku cuma bermain dengan perasaan sendiri..

dear people,,
jika benar menyayangi biarlah berpada..
jangan kau menyayangi manusia dan dunia lebih dari Tuhan mu..
aku salah langkah dalam menilai..
bodohnya aku mengejar cinta manusia..
butanya aku tak nampak cintanya Allah padaku..

dear people,,
aku jatuh terduduk..
lemah hilang semua semangat..
dalam doa aku mohon petunjuk..

dear people,,
hari esok aku bangkit dari tidur..
dengan satu jiwa yang baru..
Dia hilangkan rasa cinta sekelip mata..
Dia gantikan dengan sayang dan bukan benci..

dear people,,
aku mula sedar akan takdir..
"we're not meant to be together"
dan aku bersedia mengorak langkah meneruskan kehidupan..

dear people,,
Allah pemilik hati yang hakiki..
semalam aku cinta dia sepenuh hati..
kemudian aku benci kerana dia menyakiti hati..
harini aku sayang dia kerana dia teman yg memahami..

dear people,,
aturan Allah terlalu indah..
semoga kami tidak menyakiti hati sesama sendiri..
semoga dia bahagia bersama yang disayangi..
dannnn
semoga aku bahagia menanti yang pasti :)

selamat petang readers,,
assalammualaikum :)

Tabah, Kuat atau Tiada Perasaan??

assalammualaikum readers..
alhamdulillah diberi kesempatan utk membebel lagi.. yeay harini dpt menaip dgn keyboard yang besar..
da lame tak menaip pakai keyboard PC ni.. hahaha
sadis sadis 

bismillahirrahmanirrahim..
nak start topic ni... hahah macam nak study pulak.. cehhh!!

dear people,,
orang kata dugaan itu anugerah dr Yang Maha Esa buat hambanya yg disayangi..
seperti manusia biasa aku juga diuji
alhamdulillah syukur aku masih disayangi..
tetapi sesungguhnya dugaan itu suatu keperitan..

dear people,,
bagi mereka yg mengenali seorang Athirah, yg tahu kisah hidup Athirah,
mereka kata "kau sangat Tabah"
layakkah aku digelar tabah?? 
apa itu tabah??
aku sendiri tak faham istilah tabah yg sebenar..

dear people,,
orang kata, orang yg kuat tu orang yg mampu menahan amarahnya..
panas baran aku, kuat marah aku, bebelan aku, jeritan aku..
kuat ke aku??
benar ke kuatnya aku??


dear people,,
marah, sakit hati, cemburu, sedih, gembira
bukankah itu adalah perasaan??
aku juga marah, aku juga sakit hati, aku juga pernah cemburu, aku juga sedih, aku juga gembira..
betul ke aku tiada perasaan??

dear people,,
aku juga manusia.. yg penuh dgn kekhilafan..
aku dicipta punya hati dan perasaan..
aku juga di uji seperti manusia yg lain..

dear people,,
kau lihat aku hadapi hari-hari kehidupan dengan gelak ketawa..
kau lihat aku tidak menitiskan airmata..
kau lihat aku seperti tidak punya keraguan..
kau lihat aku bahagia..

dear people,,
perlukah aku bermuram dengan kesedihan??
perlukah aku menangis dan meratap dgn kesedihan??
perlukah aku termenung memikirkan kesudahan??
perlukah aku tunjukkan keperitan yg aku rasakan??

dear people,,
aku bukan tabah..
aku juga tak kuat..
dan aku bukan tiada perasaan..
tapi,,
Allah kurniakan aku satu anugerah yang tak ternilai..
apa??
SENYUMAN :)

dear people,,
apa saja dugaan yg datang, aku juga rasa sakit, kecewa, sedih, patah hati..
sama seperti manusia lain..
tapi aku didik diri dan hati untuk REDHA..
yakin dengan aturan Allah..
sungguh aku tak tipu.. beratnya dugaan, Subhanallah..
hanya Allah saja yg tahu..
tapi aku tanamkan dalam hati..
selagi aku hidup, aku usaha membahagiakan orang-orang yg aku sayangi..
sesungguhnya kebahagiaan mereka adalah bahagianya diri aku..
senyuman mereka adalah kebahagiaan aku..

dear people,,
aku tak sempurna dan takkan pernah sempurna..
kerana aku MANUSIA..
disebalik senyuman aku selindungkan 1001 perasaan..
tapi jujur aku juga ingin kebahagiaan..
aku juga ingin dihargai..
tetapi EGO aku juga tinggi..
hahaha aku kan manusia :p

dear people,,
adakala aku pilih untuk melangkah pergi..
bukan lari dari masalah atau realiti..
tetapi aku penat dan mengalah..
mempertahankan sebuah benda yg tak pasti..
mungkin takdir Allah mahu mendidik aku rasa kehilangan..
barulah aku mengerti maksud "dalam hidup tiada yang kekal abadi selain Dia"

dear people,,
realiti kehidupan itu pelbagai rasanya..
melalui setiap detik itu satu pengajaran..
aku bukan karyawan atau ilmuwan yg tinggi tahap kebijaksanaan..
tapi percayalah..
setiap detik kehidupan yg dilalui,,
bahagia, derita, sakit, kecewa, merana..
apa pun situasi..
hidup akan jadi indah jika kita menganggap semua itu
adalah nikmat yg Allah beri..

dear people,,
aku menaip bkn kerana aku bagus..
aku hanya meluah rasa dalam mencari semangat buat diri..
sungguh saat aku menaipkan setiap butir bicara ini,
aku sedang bersedih hati..
tapi setiap patah perkataan yg tertulis di sini
ikhlas lahir dari hati
yang mencari semangat untuk terus berdiri
mengorak langkah meneruskan kehidupan ini..

dear people,,
maaf kerana aku tidak sempurna..
assalammualaikum :)

Athirah is back

assalammualaikum world.. 😉
laaaaaaama nya la tak membebel di alam maya..
inilah dunia Athirah yang tak sempurna.. banyak benda yang perlu dilakukan bagi meneruskan kehidupan..
alhamdulillah Athirah telah berjaya menamatkan zaman student Diploma 💪yeay!!!
but inilah permulaan sebuah era baru dalam hidup si Athirah..
hidup berkerjaya.. cehhh kerjaya sanggggatt kannn.. hahaha 😝
learn learn and learn..
banyak bende kene belajar lagi walaupon da kerja..
eh belajar la.. belajar meneruskan hidup dengan ujian yang lebih besar.. it's life!!
selagi bernyawa kite belajar laa..
eh terbebel panjang pulak..
okey back to niat sebenar tulis entry ni, Athirah akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke?? pada next week..
okey Athirah da besar taknak minta hadiah da..
nak minta doa kalian supaya Athirah dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, dikurniakan kejayaan dunia akhirat dan bahagia selalu..
thanks everyone 😘
ok Athirah nak sambung work..
alamak maafla curi tulang kejap.. haahaaha 😝😝
jangan contohi perangai Athirah ni okeyy..
selamat bekerja semua 😊
okbai assalammualaikum 😉