Tabah, Kuat atau Tiada Perasaan??

assalammualaikum readers..
alhamdulillah diberi kesempatan utk membebel lagi.. yeay harini dpt menaip dgn keyboard yang besar..
da lame tak menaip pakai keyboard PC ni.. hahaha
sadis sadis 

bismillahirrahmanirrahim..
nak start topic ni... hahah macam nak study pulak.. cehhh!!

dear people,,
orang kata dugaan itu anugerah dr Yang Maha Esa buat hambanya yg disayangi..
seperti manusia biasa aku juga diuji
alhamdulillah syukur aku masih disayangi..
tetapi sesungguhnya dugaan itu suatu keperitan..

dear people,,
bagi mereka yg mengenali seorang Athirah, yg tahu kisah hidup Athirah,
mereka kata "kau sangat Tabah"
layakkah aku digelar tabah?? 
apa itu tabah??
aku sendiri tak faham istilah tabah yg sebenar..

dear people,,
orang kata, orang yg kuat tu orang yg mampu menahan amarahnya..
panas baran aku, kuat marah aku, bebelan aku, jeritan aku..
kuat ke aku??
benar ke kuatnya aku??


dear people,,
marah, sakit hati, cemburu, sedih, gembira
bukankah itu adalah perasaan??
aku juga marah, aku juga sakit hati, aku juga pernah cemburu, aku juga sedih, aku juga gembira..
betul ke aku tiada perasaan??

dear people,,
aku juga manusia.. yg penuh dgn kekhilafan..
aku dicipta punya hati dan perasaan..
aku juga di uji seperti manusia yg lain..

dear people,,
kau lihat aku hadapi hari-hari kehidupan dengan gelak ketawa..
kau lihat aku tidak menitiskan airmata..
kau lihat aku seperti tidak punya keraguan..
kau lihat aku bahagia..

dear people,,
perlukah aku bermuram dengan kesedihan??
perlukah aku menangis dan meratap dgn kesedihan??
perlukah aku termenung memikirkan kesudahan??
perlukah aku tunjukkan keperitan yg aku rasakan??

dear people,,
aku bukan tabah..
aku juga tak kuat..
dan aku bukan tiada perasaan..
tapi,,
Allah kurniakan aku satu anugerah yang tak ternilai..
apa??
SENYUMAN :)

dear people,,
apa saja dugaan yg datang, aku juga rasa sakit, kecewa, sedih, patah hati..
sama seperti manusia lain..
tapi aku didik diri dan hati untuk REDHA..
yakin dengan aturan Allah..
sungguh aku tak tipu.. beratnya dugaan, Subhanallah..
hanya Allah saja yg tahu..
tapi aku tanamkan dalam hati..
selagi aku hidup, aku usaha membahagiakan orang-orang yg aku sayangi..
sesungguhnya kebahagiaan mereka adalah bahagianya diri aku..
senyuman mereka adalah kebahagiaan aku..

dear people,,
aku tak sempurna dan takkan pernah sempurna..
kerana aku MANUSIA..
disebalik senyuman aku selindungkan 1001 perasaan..
tapi jujur aku juga ingin kebahagiaan..
aku juga ingin dihargai..
tetapi EGO aku juga tinggi..
hahaha aku kan manusia :p

dear people,,
adakala aku pilih untuk melangkah pergi..
bukan lari dari masalah atau realiti..
tetapi aku penat dan mengalah..
mempertahankan sebuah benda yg tak pasti..
mungkin takdir Allah mahu mendidik aku rasa kehilangan..
barulah aku mengerti maksud "dalam hidup tiada yang kekal abadi selain Dia"

dear people,,
realiti kehidupan itu pelbagai rasanya..
melalui setiap detik itu satu pengajaran..
aku bukan karyawan atau ilmuwan yg tinggi tahap kebijaksanaan..
tapi percayalah..
setiap detik kehidupan yg dilalui,,
bahagia, derita, sakit, kecewa, merana..
apa pun situasi..
hidup akan jadi indah jika kita menganggap semua itu
adalah nikmat yg Allah beri..

dear people,,
aku menaip bkn kerana aku bagus..
aku hanya meluah rasa dalam mencari semangat buat diri..
sungguh saat aku menaipkan setiap butir bicara ini,
aku sedang bersedih hati..
tapi setiap patah perkataan yg tertulis di sini
ikhlas lahir dari hati
yang mencari semangat untuk terus berdiri
mengorak langkah meneruskan kehidupan ini..

dear people,,
maaf kerana aku tidak sempurna..
assalammualaikum :)