~ceritera seantara~

assalammualaikum..
adakah ATHIRAH ditakdirkan untuk berblog setahun sekali je..??
hahahah maafla urusan dunia terlalu banyak..
tak dikurniakan banyak kesempatan untuk menaip meluah rasa..
hehehe

In Shaa Allah jika ATHIRAH akan cuba meluangkan lebih banyak masa membebel kat sini lepas ni okehh
ok, apa cer??
since my last post on 2016, so perkembangan terbaru 2017 la kann..
alhamdulillah banyak perkembangan dan ATHIRAH pon semakin mengembang.. hahaha
sedang cuba untuk kurus okehh!!

nothing special.. kenal orang baru, bercinta and takde jodoh..
biasalah people always come and go..
ermm ATHIRAH redha..
ohh yee..
on May 2017, my one and only lil brother da pulang ke rahmatullah..
akhirnya berakhir segala keperitan yang dia tanggung selama hampir 20 tahun..
ada jangkitan kuman pd paru-paru adik.. 😢
kami sekeluarga redha dengan pemergian adik..
adik anak syurga nantikan kami disana..

lepas pemergian adik, tinggal la aku yang paling ADIK sekali dalam keluarga..
tapi semuanya tetap tak sama macam adik ada..
sunyi tu tetap ada walaupon adik bukanla orang yang paling bising dalam rumah ni..
tapi kehilangan dirinya membuatkan kekosongan dalam ruang itu tetap ada..
semoga roh adik tenang disana.. adik sedang bermain dengan wildan syurga yang lain.. :)

sungguh adik tiada pengganti..
tapi ATHIRAH masih ada ramai insan istimewa yang menanti..

i'm a teacher..
meskipun bukan anak kami..
kami didik seperti anak kami sendiri..
tapi biasala da hujung hujung tahun ni..
semua teachers akan rasa kehilangan tu..
bila anak anak da besar nak masuk ke darjah 1..😢
this is my "anak.. 👶
seorang lagi insan istimewa.. alhamdulillah Allah kurniakan aku kesempatan untuk berbakti pada insan istimewa..
sungguhpun dia istimewa dia juga akan melangkah ke alam persekolahan seterusnya..
2 tahun dikurniakan kesempatan untuk jaga dia..
akhirnya satu lagi rasa kehilangan yang aku kene hadapi..
lepas pemergian adik, aku banyak mengubat rasa rindu dengan dia..
lepas ni dia pulak nak tinggalkan "mak" nye ni..
sedihnya hanya Allah saja yang tahu..
semoga aku redha juga untuk sebuah lagi kehilangan 😢

as a teacher, aku tetap akan doakan yang terbaik untuk semua anak anak..
ramai yang akan melangkah ke darjah 1 tahun depan.. sedih juga atas pemergian yang lain..
tapi kata orang "anak kesayangan" rasanya lain kan..
bukan pilih kasih or whatever la..
tak penah pon pilih kasih.. layanan semua tetap sama..
tapi mendidik dia bukanla satu kerja yang mudah..
bonding dengan dia juga perlu beza dengan yang lain..
Allah.. beratnya rasa nak melepaskan tu tak terkata laa..

"mengapa ini semua harus berlaku?
adakah ini semua kerna diriku?
sedang aku cuma watak dalam percintaan
tak sanggup aku melepaskanmu"
*sila baca sambil nyanyi ok*

sesungguhnya tahun 2017 sangat mencabar dan memberi banyak pengajaran..
ada lagi 2 bulan setengah lagi..
apa pun boleh jadikan..??
apa pun jadi, semoga ATHIRAH dikurniakan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala dugaan..

sungguhpun aku merasai kehilangan
aku tetap bersyukur dikurnia kesempatan..

peluang yang tidak datang pada semua insan
tapi diberikan seiring dengan kekuatan..

dugaan ujian tanda kasihnya Tuhan
moga aku tetap terus bertahan..

dear people,
aku tidak kata aku baik
malah aku sedar
diri aku penuh dengan dosa
setiap dugaan Allah berikan
buat aku sedar aku masih disayang Tuhan..

semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita.. aamiin..
selamat malam, assalammualaikum :)